Laporan Marketting
Adil dan Korona & Hero Kita!
Tugas saya didalam produksi ini ialah berperanan sebagai unit publisiti dan marketting. Saya bekerjasama dengan Amirah Zayanah dan Elvi Glen. Saya juga berperanan untuk mempromosikan Teater Adil dan Corona dan Hero Kita!.

Latihan Adil dan Korona
4 Disember 2020
Saya membantu unit Set mengecat dan memasang kelir. Misalnya, menurun bar, menstrika kelir, dan mengecat dinding set.
Latihan Adil dan Corona
5 Disember 2020
Pada hari tersebut saya membantu unit set Adil dan Corona menyiapkan Set. Misalnya mengecat set, mengampar tikar, menyiapkan lantai set, dan sebagainya.


Latihan Adil dan Corona
7 Disember 2020
Saya membantu unit set menyiapkan set. Pada hari itu saya membantu unit set mengecat lantai set. Set di dihampar tikar sebelum di cat dengan warna hitam.

Latihan Adil dan Korona
8,9 Disember 2020
Saya menyertai latihan Adil dan Corona sebagai unit audio bagi membantu proses latihan Adil dan Corona.
Latihan Adil dan Corona
10 Disember 2020
Pada hari tersebut saya dilantik sebagai Pegawai SOP. Saya diminta untuk menyediakan Qr Code My Sejahtera untuk Pementasan Kelak.


Latihan Adil dan Corona
11 Disember 2020
Saya diminta untuk mempersiapkan laluan masuk untuk hari pementasan semasa Tayangan Teater Adil dan Corona. Misalnya membuat jarak 1 meter, menyediakan Hand Sanitizer dan menyusun kerusi meja.
Latihan Adil dan Corona
12 Disember 2020
Pada hari itu, saya menjalankan kerja saya sebagai unit marketting. Misalnya, saya mengambil gambar Anding dan membuat draf poster untuk Adil dan Corona


Tayangan Adil dan Corona
14 Disember 2020
Pada hari pementasan saya bertugas sebagai pegawai SOP. tugas saya adalah bertujuan untuk menjaga SOP bagi membendung wabak dari menular sewaktu pementasan.
Laporan Marketting
Hero Kita !
Tugas saya didalam produksi ini ialah berperanan sebagai unit publisiti dan marketting. Saya bekerjasama dengan Amirah Zayanah dan Elvi Glen. Saya juga berperanan untuk mempromosikan Teater Adil dan Corona dan Hero Kita!.

Hero Kita
October 2020
Saya telah membuat poster bagi merayakan hari sambutan Maulidur Rasul.
Mesyuarat Hero Kita!
November 2020
Saya telah memberi cadangan untuk membuat monolog teater Hero Kita. Hal ini demikian memudahkan lagi kerja Pihak pelaon dan produksi kerana tidak dapat bersemuka.


Hero Kita !
November 2020
Pada hari tersebut saya telah membuat poster iklan ujibakat untuk mencari pelakon untuk Hero Kita !. Namun iklan tersebut terpaksa di batalkan kerana Produksi telah sebulat suara memilih para pelakon adalah dari tahun 1.
Hero Kita !
November 2020
Saya telah membuat satu video teaser untuk Teater Hero Kita yang akan datang.


Hero Kita !
November 2020
Saya telah membuat poster bagi meraikan sambutan Hari Deepavali bagi seluruh kaum hindu di Malaysia
Hero Kita !
Januari 2021
Membuat Poster Hero Kita ! saya mengambil poster selamat Sebulan untuk menyiapkan poster Hero Kita. Lukisan yang terdapat pada poster tersebut adalah dilukis oleh SuperSundayStore. Poster tersebut telah di persetujui dan siap sepenuhnya pada 30 Januari 2021


Hero Kita !
28 Januari 2020
Pada tarikh tersebut saya telah streaming menerusi laman facebook Hero Kita. Dalam pada itu, usaha saya untuk meraih penonton adalah dengan membuat give away dengan memberikan tiket percuma kepada penonton. Slot live saya dibuat dengan kemas sekali dengan mengguna kan Aplikasi Obs agar saya dapat memainkan video atau trailer dengan mudah.
Hero Kita !
31 Januari 2021
Pada hari itu, saya telah streaming di Intagram Unimastage dalam usaha mempromosikan teater Hero Kita ! pada hari itu, saya telah menemu bual pengurus Produksi Adlyma Tahan berkaitan dengan Hero Kita !


Hero Kita !
1 Februari 2021
Pada awal februari, saya sekali lagi Streaming Live di Instagram Unimastage untuk mempromosikan teater Hero Kita ! kali ini bersama Amirah Zayanah.
Hero Kita!
3 Februari 2021
Pada 4 Januari 2021, saya telah membuat satu trailer baru untuk Hero Kita yang akan direlease pada Live Streaming di Unimastage pada malamnya.

Hero Kita !
3 Februari 2021
Saya telah membuat live streaming di Facebook bagi mempromosikan teater Hero Kita ! Pada malam itu saya telah menayangkan trailer Hero Kita secara live. Saya juga memberikan give away 1 tiket percuma bagi menarik lagi lebih ramai penonton.
Hero Kita !
4 Februari 2021
Saya kali ini telah bekerjasama dengan frontliner Malaysia bagi menghasilkan sebuah video untuk mempromosikan teater Hero Kita !


Hero Kita!
5-9 Februari 2021
Saya telah mencetak 200 helai risalah untuk diedarkan di Uptown Samarahan, Majlis Perbandaran Kota Samarahan, dan gerai-gerai makanan di sekitar Kota Samarahan. Saya memilih Uptown dan MPKS adalah kerana berikut merupakan lokasi yang sesak. Saya juga ada membuat promosi menerusi Microphoe buskers di Uptown Samarahan agar rakyat jelata dapat mendengar info secara lebih lanjut
Kesimpulan
Selebihnya, saya bersama Amirah dan Elvi telah berusaha untuk merancakkan lagi marketing di Facebook dan Instagram. Kami juga akan sentiasa mengemaskini Posting mengikut situasi semasa Hero Kita ! Misalnya, jumlah penonton, repost dan maklum balas dari penonton, mengumumkan pembukaan dan penutupan slot tiket serta mengurangkan Spam agar audiens tidak muka untuk melihat posting di Unimastage.
​
Kesimpulannya, saya dapat belajar banyak benda baru tentang publisit dan marketting. Disamping itu saya juga dapat mengasah lagi setiap skil yang saya miliki misalnya kerja dalam kumpulan dan dari segi ilmu Marketing. Tuntasnya, kursus ini telah memberikan saya banya pengalaman baru didalam mengurus produksi dan menjadi unit publisiti dan marketing.
