top of page
article_full@1x.jpg

GKD2224: Acting Technique For Various Media

Voice over for Maria

Get in Touch
maria.jpg

Maria Voice Over

Mengisahkan tentang Maria yang berasal dari kamoung yang bersekolah dan tidak mempunyai ramai rakan selain Jang. Maria bercinta dengan Janga namun akhirnya mereka terpaksa berpisah oleh kerana Janag hendak melanjutkan pelajarannya. Namun, Jang meminta sesuatu dari Maria iaitu tubuh Maria.. adakah Maria rela akan dirinya disetubuhi oleh Jang....?

PICTURE 12 (1).jpg

Character Analysis

Voice Over Maria

TIME

Year: 2000 an

Month: tidak spesifik

Day: Hari bersekolah dan dimasa hadapan

Time of day:  siang


PLACE

General (neighbourhood, house, etc):

  • Di Kampung Maria, Sekolah Menengah, Di Hutan , di Restaurant

Specific (room): 


Weight:

  • - Di Kampung Maria, Sekolah Menengah, Di Hutan , di Restaurant

Style of decor:

  • Sekolah menengah asrama penuh yang sederhana, di hutan tempat untuk berkelah


General colour scheme:

  • -


            What stand out:

  • -.


CONDITION/ ATMOSPHERE

Degree of light:

  • Terang menggunakan cahaya matahari


Temperature:

Keadaan sangat tenang di temani udara segar dan cuaca yang mendung dan tidak berapa panas.

Weight/ kind of air:

Suasana yang bising di selangi dengan suara riuh rendah pelajar sekolah. Di Hutan ditemani dengan bunyi-bunyi serangga di hutan

Smells:

-

Noice:

Bunyi angin, burung-burung berkicauan dan bunyi kanak-kanak bermain  


Other

-

MARIA


CHARACTER ANALYSIS GUIDE FORM


  1. Character’s vocation and career potential:

Kind of work she/he does:

Maria berasal daripada keluarga miskin yang tinggal di pedalaman jauh daripada sekolah.

How she/he feels about his work:

Maria merupakan pelajar yang rajin dan keluarganya tetap mahu dia meneruskan pelajarannya dan mecapai cita cita nya walaupun dia sorang yang miskin. Buktinya, ”Keluarga Maria mahukan Maria teruskan pelajarannya.”

How she/he got where she/he is:

Maria merupakan pelajar yang rajin dan keluarganya tetap mahu dia meneruskan pelajarannya dan mecapai cita cita nya walaupun dia sorang yang miskin

Ambitions:

Maria punyai cita-cita yang murni. Dia nak jadi guru dan bantu komunitinya. Maria ingin  berkahwin satu hari nanti.

  1. Character’s state of mind:

Influence/activity of imagination and/or fantasy:

Maria merupakan seorang yang rajin dan juga beliau mendapat dorongan daripada keluarganya untuk menruskan pelajarannya demi mengejar cita citanya sebagai seorang guru.

Conscience/moral judgements:

Watak maria memberi pengajaran kepada kita agar kita lebih bijak membuat piliha. Misalnya, waktu Maria terkejut apabila dicium, dibaringkan dalam semak dan perlu membuktikan cintanya dengan Jang, Maria menggunakan daya kekuatan dan kemahiran dirinya menolak Jang sehingga Jang terpelanting ke belakang membisu. Hal ini demikian telah menyelamatkan Maruah dan masa depan Maria daripada tergadai. Maria rasa dirinya perkasa, lega dan marah lalu meninggalkan Jang

Integrity:

Maria merupakan seorang yang menghargai rakannya dan tidak lupa akan rakannya walaupun jauh sudah lama tidak bersua namun tetap saling berhubung. Misalnya, Maria dan Jang saling berhubung melalui media sosial, semasa Jang belajar di Matrikulasi dan Maria pula habiskan persekolahannya. Akhirnya mereka berjumpa semula, masa itu Jang sedang menuntut di UITM manakala Maria menjalani matrikulasi. Mereka sangat gembira apabila dapat bertemu selepas sekian lama tak bersua muka.


Fear:

Maria takut jika perbuatannya dengan Jang itu diketahui oleh keluarganya. Misalnya, Maria cuba menutup perutnya yang makin membesar.


  1. Character’s emotional adjustment. Indicate apparent dominant adjustment:


Mature adjustment:


Maria bijak menanggani situasi dia lebih memilih untuk menendang Jang daripada tubuhnya dinodai


Immature adjustment:


Jang meluahkan kepada Maria bahawa Maria adalah teman istimewa buat dirinya. Dan jika Maria mencintai Jang dan maka Maria perlu membuktikan kepada Jang cintanya dengan membenarkan Jang mengadakan hubungan seks dengan Maria..


  1. Elements of relationship:


Hubungan cinta diantara Jang dan Maria. Misalnya, Jang meluahkan kepada Maria bahawa Maria adalah teman istimewa buat dirinya. Dan jika Maria mencintai Jang dan maka Maria perlu membuktikan kepada Jang cintanya dengan membenarkan Jang mengadakan hubungan seks dengan Maria. Lalu Maria rela diperlakukan sedemikian pada pengakhiran kisah pertama.


  1. Elements of stress:


Maria mendiamkan diri bila ibunya bertanya mengapa dia nampak muram. Sepanjang cuti sekolah Maria menyedari dirinya tidak datang haid. Dia merasa sangat takut kerana mungkin dia mengandung.


  1. Character Rhythms, Describe and Explain:


Contextual Rhythms:

Maria seorang pelajar yang aktif bersukan dan karate Maria menggunakan daya kekuatan dan kemahiran dirinya menolak Jang sehingga Jang terpelanting ke belakang membisu.


External Rhythms:


Maria seorang yang miskin dan sering di pulaukan oleh rakan sekelasnya. Hal ini lantas menyebabkan Maria sukar menyesuaikan diri dengan rakan-rakan sebayanya. dengan hanya berbekal beberapa helai pakaian sahaja berasa sangat malu dan terasing kerana tidak mempunyai talipon pintar mahupun komputer.


Internal Rhythms:


Walaupun dipulau oleh rakan-rakan sebayanya, Maria cekal dan memberi tumpuan sepenuhnya dalam pelajaran dengan tekad untuk capai impiannya menjadi guru


  1. Physical location of center of energy:

Di Hutan tempat Jang dan Maria bercium


The play and character’s through line of action.


Pada adegan ini Jang dengan lembut memegang tangan dan pandang mata Maria. Kemudian memberitahu Maria bahawa dia akan merindui Maria dan hanya khuatir jika Maria akan lupakan dirinya apabila menjejak kaki ke matrikulasi. Jang ingin mengambil gambar di tempat mereka pertama kali bercium sebagai kenangan indahyang istimewa.


Summarize what the play is about in short sentences:


Adegan ini memperlihatkan bahawa pilihan tepat yang lakukan oleh Jang dan Maria untuk melafazkannya cintanya.


Summarize each act and scene, each in short sentences:


Adegan ini memperlihatkan bahawa pilihan tepat yang lakukan oleh Jang dan Maria untuk melafazkannya cintanya lalu mereka terpisah namun saling berhubung


Character’s Spine:


Jang memilih untuk bergambar dengan Maria hanya sebagai kenang kenangan


Character’s Super Objective:


Jang dan Maria Berjaya melafazkan cinta masing-masing tanpa perlu mengorban kan Maruah Maria. Hal ini demikian Maria Berjaya mencapai cita cita nya sebagai seorang guru.


Character’s Simple Action:

Maria dan Jang sangat gembira apabila dapat bertemu selepas sekian lama tak bersua muka. Lantas mereka sedar bahawa mereka telah matang dan sudah mempunyai kehidupan masing-masing. Maria dan Jang terus kekal sebagai sahabat baik dan mendoakan agar satu hari nanti mereka akan bertemu jodoh yang terbaik buat diri mereka

Voice over for Animation Naruto

Naruto.jpg

Naruto Voice over

Pada episod ini mengisahkan dimana Naruto yang merupakan anak yatim piatu dan tidak memiliki ayah atau pun ibu lagi akan berkahwin dengan bakal isternya iaitu Hinata. DIa pergi ke rumah Cikgu Iruka untuk meminta Cikgu Iruka untuk menjadi Ayahnya di hari perkahwinannya kelak

MV5BOTY0ZGNjODMtOWFlMC00OWIzLTk2NzItYTJj

Character Analysis

TIME

Year: 1999 - 2014

Month: 21 November 1999 – 10 November 2014

Day:

Time of day:


PLACE

General (neighbourhood, house, etc):

  • Rumah Cikgu Iruka merupakan sebuah rumah yang diduduki oleh dia seorang, dan terdapat rumah-rumah lain di sekitarnya. Rumah beliau berdekatan dengan bandar.

Specific (room): Rumah Iruka Umino


Weight:

  • Rumah yang terletak berdekatan bandar, kukuh serta stabil.


Style of decor:

  • Rumah Iruka Umino kelihatan agak luas, dan mempunyai beberapa bilik, bahagian dapur serta ruang tamu.


General colour scheme:

  • Kebanyakkan kawasan dalam keadaan yang agak cerah disebabkan pencahayaan lampu rumah yang bewarna putih.


            What stand out:

  • Keadaan rumah cikgu Iruka yang diperbuat daripada kayu yang kukuh dan tahan lama.


CONDITION/ ATMOSPHERE

Degree of light:

Banyak menggunakan warna cerah disebabakan pencahayaan lampu rumah.


Temperature:

Keadaan yang agk riuh berlaku dimana Cikgu Iruka tanpa sengaja menjatuhkan beebrapa barang yang terdapat di dapurnya.

Weight/ kind of air:

Keadaan rumah cikgu Iruka yang berdekatan dengan bandar mungkin akan menyebabkan suasana agak bising, dan di waktu malam keadaan di rumahnya mungkin agak kedinginan.

Smells:

Cikgu Iruka berasa cemas setelah terhiris jarinya dengan pisau lalu tanpa sengaja telah menjatuhkan barangan yang ada di dapur beliau.

Noice:

Bunyi barang dapur yang jatuh disebabkan oleh cikgu Iruka.          


Other.

Keadaan dapur cikgu Iruka tidak kemas dan kotor disebabkan barangan yang jatuh serta terdapat air yang tumpah di atas lantai.

Character Analysis

Uzumaki Naruto

  1. Character’s vocation and career potential:

Kind of work she/he does:

Uzumaki Naruto merupakan seorang yatim piatu dijaga oleh Cikgu Iruka sejak kecil. Beliau merupakan anak murud kepada Cikgu Iruka.

How she/he feels about his work:

Uzumaki Naruto merupakan seorang anak murid kepada cikgu Iruka. Beliau merupakan anak murid yang paling lemah dan tidak diterima oleh ramai orang namun Cikgu Iruka menerima beliau dan menganggapnya sebagai anaknya.

How she/he got where she/he is:

Uzumaki Naruto asalnya seorang yang lemah kini sudah menjadi antara orang yang terkuat didalam dunia shinobi. Sekarang beliau ingin berkahwin dengan pilihan hati nya iaitu Hinata..

Ambitions:

Uzumaki Naruto memiliki impian sejak kecil iaitu ingin menjadi Hokage iaitu seorang ketua yang kuat dan hebat serta kewujudannya dapat diterima oleh orang sekelilingnya. Didalam episodnya kali ini Hasratnya ialah ingin meminta Cikgu Iruka untuk menghadiri majlis perkahwinannya sebagai Ayahnya.


  1. Character’s state of mind:

Influence/activity of imagination and/or fantasy:

Dalam dunia yang nyata, Uzumaki Naruto merupakan watak yang diwujudkan dalam dunia fantasi iaitu dalam Anime Naruto Shipuden.


Conscience/moral judgements:

Namun, watak ini banyak memberi pengajaran kepada kehidupan sebenar berdasarkan perwatakkan yang dibawa. Terdapat banyak mesej penting yang disampaikan.

Integrity:

Uzumaki Naruto memiliki satu sikap dimana beliau saying akan orang sekelilingnya dan beliau merupakan seorang yang cekal dan tidak mudah mengaku kalah

Fear:

Uzumaki Naruto tidak takut akan apapun . Naruto takut jika Cikgu Iruka tidak bersetuju untuk menghadiri majlis perkahwinannya sebagai Ayahnya.


  1. Character’s emotional adjustment. Indicate apparent dominant adjustment:


Mature adjustment:


Naruto yang awalnya lemah hanya diterima oleh Cikgu Iruka. Cikgu Iruka dimasa kecil Naruto sering membelanjakan Naruto Ramen Ichiraku dan sentiasa menyokong Naruto dalam bermacam Hal. Oleh itu, Naruto meminta kepadanya agar dia hadir sebagai ayah pada majlis perkahwinannya.


Immature adjustment:


Dalam adegan ini, memperlihatkan Naruto meminta Cikgu Iruka untuk hadir majlis khawinnya sebagai seorang ayah, disebabkan Naruto telah kehilangan ayahnya sejak kecil lagi. Mendengar kata-kata dan permintaan Naruto, cikgu Iruka hampir mengalirkan air mata. Cikgu Iruka Umino ini seorang yang suka minum minuman keras, untuk bersuka-suka dan melepaskan tekanan.


  1. Elements of relationship:


Iruka Umino seorang yang amat rapat dengan Naruto, dan menganggap Naruto seperti anaknya sendiri. Disebabkan itu, Naruto meminta untuk Cikgu Iruka menjadi ayah angkatnya, di majlis khawinnya dengan Hinata iaitu isteri kepada Naruto.


  1. Elements of stress:


Didalam adegan ini Narutoberasa malu untuk meminta Cikgu Iruka hadir ke Majlis perkahwinan sebagai ayahnya. Wal hal, Cikgu Iruka sangat menghargai permintaan anakmuridnya itu

  1. Character Rhythms, Describe and Explain:


Contextual Rhythms:


Naruto merupakan seorang yang baik hati mesra dan menghargai orang sekelilingnya. Buktinya dia sangat menghargai Cikgu Iruka sehingga meminta Cikgu Iruka hadir sebagai Ayahnya



External Rhythms:


Naruto merupakan seorang yang suka bermain. Namun, beliau merupakan seorang yang cekal dantidak mudah mengaku kalah


Internal Rhythms:


Dalam adegan ini, Naruto berasa malu malu dan tidak berani untuk memberitahukan hasratnya untuk meminta Cikgu Iruka Hadir sebagai Ayahnya di Majlis perkahwinannya.


  1. Physical location of center of energy:


Rumah Cikgu Iruka dan di sekitar bandar tempat pertemuan cikgu Iruka dan Naruto.


The play and character’s through line of action.


Summarize what the play is about in short sentences:


Adegan ini memperlihatkan tentang Naruto meminta Cikgu Iruka untuk menjadi ayahnya di majlis khawinnya.


Summarize each act and scene, each in short sentences:


Adegan ini memperlihatkan tentang Naruto meminta Cikgu Iruka untuk menjadi ayahnya di majlis khawinnya.



Character’s Spine:


Cikgu iruka setuju dengan permintaan Naruto.


Character’s Super Objective:


Setelah mendengar permintaan Naruto, Cikgu Iruka bersetuju untuk menjadi ayah angkat kepada Naruto di majlis khawinnya.


Character’s Simple Action:


Naruto tunduk lalu mengucapkan terima kasih atas persetujuan cikgu Iruka untuk Hadir kemajlis tersebut sebagai Ayahnya.

Script and Character Analysis

Comp Card

comp card.jpg
photo_2021-01-08_01-50-21.jpg

Sebelum Terlambat

Arahan

Suhaimie Kipli

Lakonan

Anaz Zawawi

Suhaimie Kipli

Mengisahkan tentang Amy dan Aslam yang duduk berbual setelah
lama tidak bertemu Tiba tiba Amy mendapat panggilan telefon
daripada ayahnya yang bertanyakan dimana alat kawalan televisyen
Namun Amy menjawab dengan kasar Oleh itu Aslam pun menegur
dan menasihatinya supaya dia lebih menghargai orang tuanya
sebelum terlambat Kemudian Amy terus mencapai telefon Aslam
untuk menghubungi orang tuanya.

CHARACTER ANALYSIS FOR AMY IN SCRIPT "SEBELUM TERLAMBAT"

CHARACTER ANALYSIS


TIME
Year: 2021
Month: 4 Januari 2021
Day: Rabu
Time of day: 11 pagi
PLACE
General (neighbourhood, house, etc):
• Di hadapan tasik unimas.
Specific (room): Di Taman kawasan berjalan kaki di hadapan Tasik unimas
Weight:
• -
Style of decor:
• Di Kawasan terbuka kawasan berjalan kaki di hadapan Tasik unimas
General colour scheme:
• Cahaya hanya menggunakan sinara cahaya matahari
What stand out:
• -.
CONDITION/ ATMOSPHERE
Degree of light:
Menggunakan cahaya matahari
Temperature:
Keadaan sangat tenang di temani udara segar dan cuaca yang mendung dan tidak berapa panas.
Weight/ kind of air:
Suasana yang agak nyaman, ditemani dengan udara segar pada waktu pagi
Smells:
-
Noice:
Bunyi angin, burung-burung berkicauan dan kereta yang lalu lalang.
Other
-
AMY – MOHD SUHAIMIE KIPLI 70506
CHARACTER ANALYSIS GUIDE FORM
1. Character’s vocation and career potential:
Kind of work she/he does:
Amy merupakan anak tunggal dan sahabat kepada Aslam
How she/he feels about his work:
Amy merupakan seorang peniaga yang merantau dari tempat ke tempat. Buktinya pada dialognya berbunyi “Aku tek bejual, dating dari Kuala Serkah singgah ke sitok”
How she/he got where she/he is:
Amy merupakan seorang usahawan yang bercuti balik untuk menjenguk sahabatnya Aslam yang lama dia tidak bertemu dan hanya ingin bertanyakan khabar sahabatnya itu.
Ambitions:
Tidak dinyatakan.
2. Character’s state of mind:
Influence/activity of imagination and/or fantasy:
Dalam dunia nyata Amy merupakan seorang usahawan muda serta merupakan seorang pelajar daripada sebuah Universiti Awam.
Conscience/moral judgements:
Watak Amy banyak memberi pengajaran agar kita akan lebih menghargai orang tua kita dengan tidak bercakap kasar dengan orang tua kita. Hal ini demikian berlaku apabila Aslam menasihatinya pasal ibu bapanya.
Integrity:
Amy merupakan seorang yang menghargai rakannya dan tidak lupa akan rakannya walaupun jauh merantau dan tidak mempunyai nombor telefon rakannya itu.
Fear:
-
3. Character’s emotional adjustment. Indicate apparent dominant adjustment:
Mature adjustment:
Amy seorang yang mudah marah namun dapat menerima teguran daripada Aslam.
Immature adjustment:
Amy tersentak dengan teguran Aslam atas nasihat yang Aslam berikan. Lalu dia terus menghubungi ibunya untuk meminta maaf kepada ayahnya atas kesalahannya bercakap kasar dengan ibunya.
4. Elements of relationship:
Amy seorang yang rapat dengan Aslam yang merupakan sahabatnya sejak Universiti lagi. Oleh itu Amy dapat menerima teguran nasihat daripada Aslam. Aslam menasihati Amy kerana dia sayang akan Amy serta melaksanakan tanggung jawabnya sebagai umat islam.
5. Elements of stress:
Ayah Amy menghubungi Amy dan bertanyakan tentang alat kawalan televisyen. Lalu Amy pun memarahi Ayahnya kerana tidak tahu dengan perkara remeh sebegitu.
6. Character Rhythms, Describe and Explain:
Contextual Rhythms:
Amy merupakan seorang yang suka menyakat kawannya. Misalnya oleh kerana lama tidak bertemu dia terus menyakat dan bergurau dengan Aslam
External Rhythms:
Seorang yang suka berjenaka dengan orang. Namun dia tidak suka ditanyakan soalan yang remeh dan tidak penting. Hal tersebut bias membuatkan dia berasa tidak senang
Internal Rhythms:
Dalam adegan tersebut, Amy berasa tidak senang akan ayahnya. Lalu Aslam menegur dan menasihatinya agar tidak bersikap kasar dengan ayahnya.
7. Physical location of center of energy:
Di depan tasik Unimas dan di sekitar Kawasan orang bersenam
The play and character’s through line of action.
Pada adegan ini Aslam menasihati Amy agar terus menghargai orang tuanya sebelum orang tuanya pergi dari dunia ini. Mesej tersebut telah membuatkan Amy terus menghubungi orang tua nya
Summarize what the play is about in short sentences:
Adegan ini memperlihatkan tentang Aslam menasihatinya agar menghargai orang tuanya
Summarize each act and scene, each in short sentences:
Adegan ini memperlihatkan tentang Aslam menasihatinya agar menghargai orang tuanya
Character’s Spine:
Amy menerima teguran Aslam dan terus menghubungi orang tuanya
Character’s Super Objective:
Setelah menerima nasihat dan teguran dari Aslam, Amy terus menghubungi orang tuanya untuk memohon maaf kepada Ayahnya atas kesalahannya tadi
Character’s Simple Action:
Amy dapat menerima teguran Aslam dengan hati yang terbuka

More About Suhaimie Kipli

Casting Video

2d22a5fa-9598-41ff-987a-1710d981a22c.jpg

Refleksi

Thank You Madam

GKD2224 Acting For Various Media merupakan satu kursus yang menarik dan menyeronokkan. Kursus ini telah memberi saya banyak pengalaman serta ilmu baru yang saya pelajari. Antaranya ialah Voice Over, Animation Dubbing , Screen Acting, Video Casting dan compcard.
Kami sepatutnya menimba ilmu secara hybrid. Namun, oleh kerana pandemik yang melanda kami, kami terpaksa membuat kelas secara dalam talian. Kelas secara dalam talian telah menyukarkan proses pembelajaran kami. Misalnya, ada yang mengalami masalah internet dan halangan semantik misalnya bunyi bising gangguan persekitaran semasa kelas dalam talian, ada yang bekerja. Hal ini demikian menyukarkan proses pembelajaran kami.Walaubagaimana pun itu bukanlah halangan untuk saya melengkapkan kursus ini.
Hal ini demikian merupakan pelajaran secara berperingkat dimana saya pelajari dari peringkat terkecil sehinggalah peringkat yang tinggi. Misalnya, voice over saya belajar untuk bercerita dengan penuh emosi serta gaya percakapan yang bagus agar semua pendengar boleh memahami apa yang saya katakan. Proses semasa saya membuat projek ini saya tidak menghadapi sebarang masalah. Hal ini demikian kerana Puan Syarafina telah banyak memberi tips dan Teknik merekod dan merakam suara dengan baik. Contohnya, ketika merekod voice over, skrip hendaklah dibaca dengan penuh perasaan supaya dapat mengamati perwatakan yang diceritakan itu. Rentetan itu, saya dapat menimba ilmu baru serta mempelajari Teknik voice over dengan betul.
Kedua ialah membuat suara latar untuk animasi. Di sini saya belajar untuk memahami apa setiap dialog serta mendalai watak yang saya hendak lakonkan suaranya. Hal ini demikian agar saya dapat menyampaikan dialog untuk sesuatu karakter itu dengan baik. Akhir sekali ialah lakon di skrin. Hal ini demikian telah mengajar tentang sudut merekod video, membina papan cerita, mengedit video dan berlakon di hadapan kamera. Hal ini demikian agak mencabar bagi saya kerana saya menghadapi masalah ketika membuat kerja kumpulan. Masalah tersebut ialah agak sukar untuk kami berdialog Bersama semasa membuat voice over animation. Namun demikian, perkara tersebut dapat diatasi dengan jayanya, apabila saya dan Zul dapat menyiapkannya walaupun kami jauh terpisah. Implikasinya, Saya dan Zul dapat menimba pengalaman baru. Misalnya dapat mempelajari cara membuat suara latar animasi disamping belajar mengedit video.
Setelah Berjaya mengawal suara di dalam voice over dan menjiwai watak didalam screen acting saya boleh berlakon di depan camera dan dapat mempelajari cara mengambil video dari sudut yang betul dan langkah-langkah sebelum membuat sesuatu short drama atau vine. Hal ini demikian bukan sahaja memberi pengalaman kepada saya malah juga rakan-rakan pelakon dan kru saya. Oleh itu, saya boleh berkongsi apa yang saya pelajari dengan mereka. Rentetan itu, saya dapat juga memperbaiki Teknik lakonan saya dan juga mengasah lagi bakat saya dalam mengedit video.
Puan Syarafina juga telah memberi peluang kepada kami untuk membuat compcard untuk kami. Compcard yang kami buat adalah untuk menjual diri kami kepada produser – produser diluar sana. Di dalam compcard tersebut saya telah meletakkan gambar saya dengan setiap posing mewakili watak yang saya hendak lakonkan.
Kami juga telah memiliki sesi Bersama dengan Joe Hafysam dan Dr. Faridah melalui platform Zoom beliau telah berkongsi segala pengalaman beliau ketika beliau berada didalam pengarahan dan Acting Technique for Various Media . Beliau berkata bahawa teater merupakan bidang yang luas misalnya, kursus GKD2224 Acting Technique for Various Media merupakan satu kursus yang berguna misalnya kami belajar voice over acting dan banyak lagi. Rentetan itu, kami dapat memperolehi segala ilmu dan pelajaran baru melalui perkongsian yang mereka berdua kongsikan
Kami juga diberi pendedahan tentang WiX E-Portfolio. Hal ini demikian dimana saya dapat membuat resume didalam bentuk digital. Segala kerja saya diletakkan di dalam WiX dan hal ini demikian telah memudahkan kerja saya untuk menyiapkan setiap tugasan saya di samping menjual bakat saya menerusi E-Portfolio.
Akhir kata, jutaan terima kasih saya ucapkan kepada Puan Syarafina Abdullah atas tunjuk ajar yang baik sepanjang kursus ini. Puan merupakan seorang pensyarah yang memahami pelajar. Buktinya, Puan banyak meringankan tugas kami. Walaupun kerja kami tidak begitu kemas Puan tetap menrima kerja kami dan masih sudi mendidik kami. Puan juga banyak membuka peluang untuk kami menjual bakat kami di media melalui pembikinan comp card, video casting dan e-portfolio. Akhir kata terima kasih kerana memberikan saya pelajaran yang amat membantu saya ini,

0128862834

©2019 by Suhaimie Kipli. Proudly created with Wix.com

bottom of page